Bulan September telah pun melabuhkan tirainya dan Oktober pula menjengah dalam erti kata lain cepat betul masa itu berlalu meninggalkan kita. Sedar tak sedar saya kini sudah berada di semester lima. Rasanya macam baru semalam saya menjejakkan kaki di bumi Tanjung Malim ini.
Persepsi pertama saya setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pengajian di UPSI dalam bidang Bahasa Melayu. Antara percaya atau tidak tatkala melihat permohonan saya telah diterima. Perasaan ketika itu bercampur baur, ada rasa gembira dan juga rasa sedih sebab kali pertama akan berjauhan dengan ibu dan ayah. Kini setelah lima semester di UPSI, alhamdulilah dari seorang yang kosong dan tidak yakin dengan laluan yang dipilih, kini sedikit sebanyak tahap keyakinan itu mulai ada walaupun tak banyak.
Hari ini, sewaktu saya sedang menjaga kaunter pendaftaran Himpunan Anak Kedah, saya tertarik dengan satu situasi. Dalam kesibukan melayan rakan- rakan yang datangnya dari satu negeri, lensa mata saya beralih pada seorang mahasiswi ini. Walaupun tak kenal dan baru pertama kali bersua, benda pertama yang dia lakukan ialah melemparkan senyuman. Dalam entri saya sebelum ini saya ada menulis tentang isu 'senyumlah seindah suria', apa yang saya tertarik pada mahasiswi ini adalah cara beliau memperkenalkan perwatakan beliau untuk lebih senang didekati oleh orang lain. Rasa jemu sewaktu menunggu orang yang lalu lalang untuk datang mendaftar hilang seketika setelah melihat senyuman 'adik' itu. Terdetik di dalam hati saya," kalaulah aku ada adik lelaki, boleh jadi calon adik ini", perkara yang saya hendak perkatakan ialah paras rupa yang cantik tidak menjamin seseorang sekiranya budi bahasa pada dirinya adalah kosong dan juga sebaliknya tidak semestinya rupa yang hodoh tidak akan disukai orang sekiranya budi pekertinya adalah cantik dan elok.
No comments:
Post a Comment