Perkenalan yang terjalin antara kami sejak sekian lama banyak menyingkap 1001 makna dalam kehidupan. Bermula dari bangku sekolah, saya yang masih kebudak- budakan sangatlah mengharapkan hadirnya seorang kawan, sahabat, teman ketika itu. Tatkala kaki melangkah ke alam persekolahan, perasaan bercampur baur ketika itu, sedih, gembira dan teruja untuk mengenali ramai kawan di sekolah.
Mohamad Shahir bin Suhimi. Kawan lelaki yang paling rapat dengan saya. Perkenalan sejak dari tingkatan satu yang pada mulanya hanyalah atas dasar seorang kawan biasa telah bertukar menjadi seorang kawan yang boleh berkongsi susah dan senang. Karakternya jika orang tak kenal, memang orang akan cakap, "poyonya mamat ni', kerana perwatakannya yang gila- gila dan kadang- kadang tutur katanya boleh menyakitkan hati orang yang mendengar. Dengan caranya yang begitu, orang lain tak berapa gemar nak bercakap dengan dia. Tapi bagi saya, Shahir ialah seorang sahabat yang bukan sahaja banyak memberikan tunjuk ajar dari segi pelajaran, tapi dia juga menjadi pendengar setia bagi saya. Setelah tamatnya tingkatan lima, dia melanjutkan pengajian ke Politeknik, saya pula menjadi penganggur terhormat sebelum menunggu keputusan memasuki Tingkatan Enam. 2 tahun kami tidak bersua disebabkan faktor jarak dan masa membataskan perhubungan persahabatan kami.
Nor Hafizah Binti Mat Isa. Si gadis comel ini menjadi peneman saya di kala tawa dan duka serta menjadi sahabat sejati saya sejak di bangku sekolah sehingga kami sama- sama melanjutkan pengajian di UPSI. Si gadis comel ini seorang teman saya yang periang, pandai menghiburkan hati kawan- kawan, dan juga bertindak sebagai pendengar setia. Mempunyai persamaan suka ketawa besar adalah hobi kami berdua. Riuh rendah di dalam kelas apabila kami berdua gelak kuat sehinggakan ada yang menyuruh kami berdua diam. Tapi kalau kami berdua diam, sunyi la kelas..hehehe..Semakin lama, semakin serasi ikatan antara kami berdua. Perasaan gembira apabila mengetahui sama- sama dapat melanjutkan pengajian di tempat yang sama. Walaupun berlainan kos, fakulti dan kolej kediaman, namun perhubungan kami berdua tidak terhenti di situ sahaja.
Namun, kini kami bertiga masih lagi menjadi seorang sahabat, teman dan juga kawan. Walau apa pun masalah, dugaan yang kami hadapi kami tetap harungi bersama. Bak kata pepatah, kawan biar beribu, berkasih biar pada yang satu.
Namun, kini kami bertiga masih lagi menjadi seorang sahabat, teman dan juga kawan. Walau apa pun masalah, dugaan yang kami hadapi kami tetap harungi bersama. Bak kata pepatah, kawan biar beribu, berkasih biar pada yang satu.
No comments:
Post a Comment