Bak kata lirik "senyumlah senyumlah ahai cik mek molek...", ungkapan ini mempunyai makna yang mendalam dan dijadikan intipati dalam slogan- slogan dalam televisyen. Senyuman yang menawan boleh menarik sesiapa sahaja serta memikat sanubari mata yang memandang senyuman itu.
Tidak menjadi satu kesalahan sekiranya apabila kita berselisih dengan orang lain kita melemparkan senyuman, dan tidak menjadi satu kerugian pada kita apabila melakukan perkara tersebut. Kata orang, senyuman yang diberi boleh membuatkan orang lain merasa selesa dengan perwatakan kita seterusnya boleh menjadi satu titik permulaan kepada satu perhubungan yang membina sebuah ikatan persahabatan.
Secara umumya, majoriti mahasiswa/i Universiti Pendidikan Sultan Idris ini kebanyakannya terdiri daripada pelbagai kaum, iaitu Melayu, Cina, India, dan pelajar dari luar seperti Korea dan China. Namun begitu, tidak seharusnya kita meletakkan satu tembok antara kaum yang berlainan ini. Sudah menjadi kelaziman orang kita, saya melihat kebanyakan mahasiswa/i apabila berselisih antara satu sama lain khususnya orang yang mereka tidak kenal, mereka hanya melihat begitu sahaja. Dan dalam masa yang sama apabila berjumpa dengan orang yang mereka kenal, bukan sahaja senyuman dilemparkan, malahan lebih daripada itu. Mentaliti ini seharusnya tidak sewajarnya diamalkan oleh kita sebagai bakal warga pendidik. Kita sudah sedia maklum bahawa guru itu dijadikan sebagai role model di mata masyarakat.
#Perilaku yang ditonjolkan oleh kita mencerminkan siapa diri kita sebenar #
No comments:
Post a Comment